Ulama Besar Dari Patani Ahmad Fathy al-Fatani

ISBN:

Published: 2013

Hardcover

676 pages


Description

Ulama Besar Dari Patani  by  Ahmad Fathy al-Fatani

Ulama Besar Dari Patani by Ahmad Fathy al-Fatani
2013 | Hardcover | PDF, EPUB, FB2, DjVu, audiobook, mp3, RTF | 676 pages | ISBN: | 10.64 Mb

Negeri Patani Darul Salam (merangkumi wilayah-wilayah Patani, Yala dan Narathiwat sekarang) termasuk antara beberapa buah negeri di Semenanjung Melayu yang melahirkan ramai para ulama, dan nama-nama ulama dengan laqab al-Fatani ini cukup banyakMoreNegeri Patani Darul Salam (merangkumi wilayah-wilayah Patani, Yala dan Narathiwat sekarang) termasuk antara beberapa buah negeri di Semenanjung Melayu yang melahirkan ramai para ulama, dan nama-nama ulama dengan laqab al-Fatani ini cukup banyak ditemui.

Apa lagi kalau kita memang rajin menyemak kitab-kitab kuning karangan mereka. Bersama-sama dengan rakan-rakan ulamanya dari berbagai pojok dunia Melayu yang lain seperti al-Asyi, al-Banjari, al-Falimbani, al-Funtiyani, al-Batawi, al-Minkabawi, al-Kalantani, al-Bantani, al-Riyawi dan lain-lain, ulama dengan laqab al-Fatani ini turut memperkaya khazanah alam Melayu dengan pelbagai khidmat dan sumbangan bakti mereka dalam bidang ilmu, kegiatan dakwah maupun karya tulisnya yang tidak sedikit.Buku ini mengandungi sejumlah 40 tarajum ulama besar negeri Patani dalam rentang waktu sejak awal abad ke-17 hingga akhir abad ke-20- dimulai dengan tokoh pertama, Faqih Wan Musa bin Wan Mohd Salleh al-Laqihi (wafat pada suku pertama abad ke-17) dan diakhiri dengan Haji Ahmad bin Abdul Wahab al-Fusani atau Tok Perigi (wafat 1996).

Dalam tempoh tiga abad lebih sedikit ini, negeri Patani menyaksikan kemunculan ramai tokoh ulama terkemukanya yang datang silih berganti mengambil tempat dan memainkan peranannya yang sangat besar dalam seiarah negerinya, tak hanya dalam bidang agama, akan tetapi juga clalam bidang keilmuan, pemikiran, politik, juga pembentukan sistem nilai dan budaya hidup masyarakatnya.Edisi kedua buku ini adalah versi yang telah disemak semula dan diperluas daripada edisi pertama yagn terbit pada 2002, serta diperkaya dengan sebuah pengantar dan lima buah lampiran baharu, di samping meralat dan/atau mengemaskini semua fakta yang ada.



Enter the sum





Related Archive Books



Related Books


Comments

Comments for "Ulama Besar Dari Patani":


lakierysamochodowegliwice.pl

©2012-2015 | DMCA | Contact us